Pemantauan Nazir Baiah

Terima kasih kepada semua guru yang memberikan kerjasama sepanjang pemantauan nazir untuk verifikasi new deal. Tahniah kepada semua warga SESMA kerana diberi sekali lagi peluang untuk mendapat baiah. Semuga hajat untuk mendapatkan SBT tercapai pada tahun ini.

Sekalung Tahniah

Tahniah kepada pasukan Volleyball SESMA kerana terus mengungguli Johan KTU bagi kategori perempuan dan Naib Johan Bagi kategori lelaki. Tahniah juga kepada pasukan memanah atas pencapaian Naib Johan berpasukan memanah Negeri Terengganu juga tahniah atas kecemerlangan Nik Nur Karimah kerana merangkul gangsa taekwando kebangsaan yang diadakan di Negeri Sembilan. Tahniah SESMA…

Mesyuarat Guru 2011

Mesyuarat guru 1/2012 akan di adakan seperti makluman berikut:
Tarikh : 1/1/2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Semua guru diminta hadir.

TAHNIAH PMR 2011

Tahniah kepada pelajar PMR 2011 yang telah mengharumkan nama SESMA. 78.57% pelajar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Tahniah kepada semua guru SESMA.

SELAMAT BERSARA

2011 Merupakan tahun kehilangan buat SESMA. Selepas kehilangan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh. Saudah yang nail pangkat ke SMS Setiu, SESMA Kehilangan Ustazah Wan Sepiah yang bersara pada bulan November. Pada 2/12/2011 Pengetua SESMA yang telah menabur bakti lebih sepuluh tahun turut bersara. Sesma mengucapkan selamat bersara dan sekalung terima kasih kepada Tn. Hj. Mohd. Suhaimi b. Hashim yang telah mengharumkan nama SESMA sepanjang perkhidmatan beliau menerajui SESMA.

Powered by WordPress | Buy cheap at&t cell phones at iFreeCellPhones.com | Thanks to iCellPhonePlans.com, MMORPG and Incinerador De Grasa